Irssi Terminal IRC Klien Untuk Windows

Irssi Terminal IRC Klien Untuk Windows

irssi

Irssi ialah sebuah aplikasi Internet Relay Chat yang dibangunkan oleh Timo Sirainen aka Crash pada sekitar seawal ahun 1999 di Finland. Pada asalnya beliau ingin membina sebuah IRC client yang menggunakan terminal seperti BitcX pada ketika itu yang telah pun popular dikalangan pengemarnya di IRC.

Namun selepas itu beliau telah berjaya mencipta serta membangunkan perisian irssi sebagai sebuah IRC Client yang popular untuk IRC sehingga ke hari ini dimana beliau sendiri telah mencipta irssi melalui kod C namun kini Crash telah pun meninggalkan projek www.irssi.org untuk digantikan pula oleh Irssi Core Development Team yang lain.

Sejarah awal pembabitan Crash didalam dunia IRC ialah semenjak beliau masih lagi menuntut disalah sebuah universiti di Helsinki Finland dan sedang bergiat aktif dalam IRC. Pada ketika itu Crash hanyalah menggunakan BitchX sebagai Chat client.

Kelebihan chat client ini adalah kerana ia menyokong plugin dan scripting PERL sebagai tambahan untuk mengembangkan lagi penggunaan irssi ke tahap yang optimum selain menggunakan terminal klien untuk memulakannya program tersebut dikomputer. Irssi boleh digunakan dihampir kesemua sistem operasi yang merangkumi Unix, GNU/Linux serta Windows melalui cygwin.

Disini saya ingin kongsikan irssi versi 0.8.17 release untuk pengguna windows. Pakej rasmi irssi juga boleh didapati melalui pemasangan  Cygwin.

Rujukan kepada pautan ini sila ke article.

Download

Scripts

Facebook Comments

About alderson

AKA Pseudo

Subscribe

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Comments are closed.
Asia/Jerusalem : 11:38:50America/New_York : 04:38:50Asia/Tokyo : 17:38:50Asia/Kuala_Lumpur : 16:38:50